Tuesday 29 April 2014

Apakah yang dimaksudkan dengan Iktibar, Mutabaah, dan Syawahid dalam ilmu Hadis?

Apakah tanda taubat kita diterima Allah?

Apakah hukum mengirim salam dan bagaimana cara untuk mengirim dan menjawabnya?

Yang mana lebih afdhal untuk bertahallul, bercukur atau menggunting sebahagian rambut?

Sejauh mana larangan ke atas kanak kanak yang belum berkhatan untuk solat berjemaah di saf pertama?

Tangan menyentuh kemaluan, adakah ia membatalkan wudhu'?

Apakah maksiat yang telah kita bertaubat darinya akan tetap ditayang di Mahsyar?

Monday 21 April 2014

Bolehkah dinovelkan kisah Rasulullah dan para Sahabat Rhum?

Ada segelintir penulis novel telah menghasilkan novel islamik yang menceritakan perihal sirah Rasulullah S.A.W. dan para Sahabat Rhum. Dalam novel tersebut, bukan setakat ada penceritaan, tetapi ada juga dialog antara watak.

Soalnya, bolehkah kisah Rasulullah dan para Sahabat baginda dinovelkan seperti ini? Bolehkah direka dialog-dialog antara watak-watak yang mewakili para Sahabat, semata-mata untuk menyedapkan novel? Apakah bahayanya kepada umat khususnya kepada kanak-kanak Islam?

Benarkah riwayat bahawa Rasulullah tidak mempunyai bayang-bayang?

Tersebar dengan agak meluas dalam masyarakat Islam, riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai bayang-bayang.

Sejauhmanakah kebenaran riwayat ini?Adakah ia diriwayatkan dalam hadis-hadis yang sahih dalam kitab-kitab yang muktabar? Apa pula kaitannya dengan hikayat Nur Muhammad?

Benarkah kisah tanda-tanda kematian yang banyak tersebar dalam masyarakat pada hari ini?

Pada hari ini, sering tersebar dalam masyarakat, kisah-kisah yang sedikit sebanyak dikaitkan dengan agama. Kisah yang tersebar ini, ada yang sahih, dan lebih membimbangkan, banyak juga kisah yang tidak sahih dan karut yang turut tersebar. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi, usaha penyebaran kisah-kisah seperti ini semakin tidak terkawal.

Antara kisah yang pernah tersebar dalam masyarakat Melayu adalah kisah berkenaan 'tanda-tanda sebelum kematian seseorang'. Sejauhmanakah sahihnya kisah ini? Adakah boleh diterima atau terus ditolak? Apa sikap kita dalam menghadapi cerita-cerita seperti ini?

Adakah salah bagi seorang imam menunggu makmum dalam solat?

Imam selaku pemimpin dalam solat, seharusnya menjadi ikutan kepada para makmum. Namun ada juga terjadi apabila imam dilihat menunggu makmum. Yang dimaksudkan dengan menunggu makmum adalah apabila imam memanjangkan rukuk, agar makmum tertentu yg baru sampai ke masjid sempat mendapat 1 rakaat. Atau, imam memanjangkan duduk tahiyyat akhir dan melengah-lengahkan memberi salam agar makmum yang baru sampai ke masjid sempat mendapat fadhilat berjemaah.

Adakah tindakan imam tersebut menyalahi syarak? Jika salah, sejauhmanakah seriusnya kesalahan tersebut?

Adakah masa-masa tertentu kita tidak digalakkan memberi dan menjawab salam?

Memberi salam itu sunat, tetapi menjawab soalan itu wajib. Namun begitu, masih ada beberapa keadaan di mana memberi dan menjawab salam tidak lagi haruskan  bahkan dilarang sama sekali. Apakah keadaan-keadaan tersebut?

Thursday 17 April 2014

Berdoa selepas solat secara berjemaah atau bersendirian, yang mana lebih menepati sunnah?

Umum dalam masyarakat Melayu Islam, selepas solat fardhu berjemaah, imam dan makmum akan berdoa juga secara berjemaah. Dalam hadis-hadis yang sahih, Rasulullah sering mengajar lafaz doa-doa tertentu kepada para Sahabat. Namun pernahkah Rasulullah dan para Sahabat berdoa bersama secara berjemaah selepas solat?

Antara doa selepas solat dengan doa diakhir solat (selepas bacaan tahiyyat), yang manakah lebih afdhal?

Apakah Islam mengharuskan lawak jenaka dalam ceramah agama?

Pada hari ini, berbagai-bagai cara dilakukan oleh para pendakwah dan penceramah agama bagi menarik perhatian audien terhadap ceramah yang disampaikan. Cara yang agak popular adalah dengan menyelitkan unsur lawak jenaka dalam ceramah.

Adakah cara ini diharuskan dalam Islam? Sejauhmana berkesan dan bermanfaatnya cara ini kepada umat Islam?

Adakah wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah dalam solat berjemaah?

Membaca surah al-Fatihah merupakan rukun dalam solat mengikut pendapat mazhab Syafi'e, Maliki, dan Hambali. Manakala dalam mazhab Hanafi, ianya wajib.

Dalam solat berjemaah pula, khususnya solat di mana imam membaca secara jahar (Subuh, Maghrib dan Isya), adakah hukum bacaan al-Fatihah bagi makmum sama seperti solat bersendirian? Atau adakah ada pendapat lain yang tidak mengharuskan bacaan al-Fatihah bagi makmum? Bagaimana pula dengan pendapat yang mengatakan bacaan al-Fatihah oleh imam sudah memadai?

Bagaimana pula halnya dengan tindakan sesetengah imam yang berhenti agak lama selepas membaca al-Fatihah sebelum mula membaca surah-surah lain, dengan tujuan untuk memberi ruang masa kepada makmum untuk membaca al-Fatihah? Adakah ada asasnya tindakan ini dalam Islam?

Adakah memadai mandi wajib tanpa wudhuk bagi orang yang berhadas besar sekaligus berhadas kecil?

Mandi Wajib diwajibkan ke atas orang yang berjunub/berhadas besar. Wudhuk merupakan salah satu perkara sunat dalam mandi wajib. Bagaimana pula dengan orang yang berhadas besar, dalam masa yang sama berhadas kecil, adakah perlu dia mandi wajib disertakan dengan wudhuk? Atau adakah memadai dengan hanya mandi wajib tanpa disertai dengan wudhuk?

Saturday 12 April 2014

Apakah menonton kuliah melalui rakaman sama nilainya dengan menghadiri kuliah?

Pada hari ini, kemajuan teknologi memungkinkan kita untuk menonton rakaman kuliah agama melalui youtube. Ditambah pula dengan kewujudan individu-individu yang mengerah tenaga untuk kerja-kerja rakaman.

Namun begitu, menonton melalui rakaman, di hadapan skrin komputer di rumah, adakah sama darjatnya dengan menghadiri sendiri ke tempat kuliah? Semasa menonton rakaman kuliah, apakah ada adab-adab yang sepatutnya kita jaga bagi menghormati ilmu?

Adakah wajib mengqada solat yang telah lama ditinggalkan dengan sengaja?

Solat fardhu 5 waktu, merupakan tiang kepada agama. Namun, tiang agama ini sering diabaikan dan tidak dijaga sebaiknya. Solat yang ditinggalkan dengan tidak sengaja, telah disuruh oleh Rasulullah S.A.W. untuk di'qada' (diganti). Namun timbul persoalan, solat yang ditinggalkan DENGAN SENGAJA, adakah turut wajib di'qada'? Apakah ada petunjuk dari Rasulullah dan para Sahabat dalam hal ini? Apa pula kata para ulama'?

Friday 11 April 2014

Apakah rahsia kehebatan dan kesarjanaan para ulama' di India dan Pakistan?

Dalam setiap kuliah Maulana 'Asri, beliau lebih banyak menyebut pendapat dari para ulama' dari India/Pakistan. Banyak kajian-kajian beliau bersumberkan dari kajian ilmiah yang dimulakan oleh ulama' dari sana.

Apakah punca Maulana begitu berminat dengan para ulama' di benua kecil India itu? Adakah hanya kerana Maulana merupakan seorang lulusan dari sana? Atau adakah kerana para ulama' dari sana memiliki kehebatan dan kesarjanaan yang tersendiri yang tiada pada ulama' dari tempat lain?

Wednesday 9 April 2014

Kenapa boleh berlaku peperangan (Siffin & Jamal) di kalangan para Sahabat Rhum dan apakah hikmahnya kepada kita?

Semasa zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib RA, telah berlaku dua siri peperangan yang meletus di antara kelompok kaum muslimin, iaitu Perang Jamal (antara Ali RA dengan A'isyah Rha) dan Perang Siffin (antara Ali RA dengan Muawiyah RA). Dua peperangan ini telah memakan angka korban yang cukup besar di kalangan para Sahabat Rasulullah.

Bagaimana peristiwa menyayat hati ini boleh berlaku? Kenapa ia ditakdirkan berlaku kepada para Sahabat Rhum yang mendapat didikan langsung dari Rasulullah? Apakah status kematian para Sahabat yang gugur di medan peperangan ini? Adakah mereka dianggap syahid ataupun tidak? Dari peristiwa ini, apakah hikmah dan pengajarannya kepada kita yang hidup beratus tahun selepas itu.

Tuesday 8 April 2014

Adakah menggantung gambar makhluk bernyawa di dalam rumah, haram secara mutlak?

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing, juga tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung)." (Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Talhah RA.

Melalui hadis ini, kelihatannya menggantung gambar di dalam rumah amat tidak disenangi di sisi Islam sama seperti membela anjng di dalam rumah. Namun adakah larangan ini bersifat mutlak? Masihkah ada ruang yang membenarkan umat Islam untuk melakukannya (menggantung gambar)?

Monday 7 April 2014

Apakah yang dimaksudkan dengan 'menyempurnakan ruku' dan khusyuk' dan bagaimana cara untuk mencapainya?

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya". Sahabat bertanya: "Bagaimana dia mencuri dalam solatnya?" baginda S.A.W. menjawab: "tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya". (Riwayat Imam Ahmad)

Menyempurnakan ruku' dan sujud adalah faktor yang sangat penting yang boleh membawa kepada khusyuk dalam solat. Solat yang sempurna adalah solat yang disertakan dengan khusyuk.

Bagaimana hendak menyempurnakan ruku' dan sujud bagi meraih kekhusyukan dalam solat?

Sunday 6 April 2014

Bolehkah melakukan ibadat umrah berkali-kali dalam satu musim haji?

Agak meluas dalam masyarakat umat Islam yang pergi ke Tanah Haram untuk mengerjakan Haji, mereka mengerjakan Umrah berkali-kali. Ada yang melakukan umrah berkali-kali untuk diniatkan kepada saudara mara yang telah meninggal khususnya ibubapa.

Namun, timbul persoalan, adakah mengerjakan umrah banyak kali ini tepat mengikut petunjuk Rasulullah S.A.W? Berapa kalikah umrah yang dilakukan Rasulullah? Bagaimana pula dengan kisah Aisyah Rha yang diriwayatkan melakukan 2 kali umrah?

Adakah boleh mengamalkan Talfiq Mazhab?

Talfiq atau mencampuradukkan beberapa pendapat dari beberapa mazhab yang berbeza, menjadi khilaf di kalangan ulama' samada diharuskan atau diharamkan.

Isu talfiq boleh menjadi isu yang sangat sensitif dan tegang apabila segelintir kelompok yang mengharamkan talfiq begitu keras menghukum kelompok yang mengamalkannya.

Sejauhmanakah keharusan atau pengharaman dalam melakukan Talfiq?

Apakah kelebihan beristighfar dan hikmahnya kepada manusia?

BerIstighfar adalah satu amalan yang sangat dituntut untuk kita amalkan. Bahkan ianya bukan hanya sekadar lafaz di mulut, tetapi juga merangkumi rasa penyesalan di atas dosa-dosa yang lepas.

Sejauhmanakah peri pentingnya amalan beristighfar kepada kita, orang Islam? Adakah istighfar hanya untuk diri sendiri? Bolehkah ia dilakukan untuk orang lain, samada untuk yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia?

Apakah itu "Hadis Musalsal" dan adakah ia memiliki kelebihan berbanding hadis-hadis yang lain?

Musalsal adalah salah satu daripada jenis-jenis hadis Rasulullah. Apakah perinciannya? Adakah Hadis Musalsal juga bergantung kepada sanad dalam menentukan kesahihannya? Adakah Hadis Musalsal memiliki kelebihan-kelebihan tertentu berbanding hadis-hadis yang lain?

Apakah maksud 'Faqir' mengikut syarak dan adakah Islam menggalakkan umatnya menjadi faqir?

Mengikut istilah bahasa, 'faqir' bermaksud miskin papa dan sangat memerlukan. Namun, adakah perkataan 'faqir' yang terdapat dalam beberapa ayal al-Quran dan hadis Rasulullah membawa maksud miskin dari segi material sahaja?

Apabila Rasulullah mengkhabarkan bahawa ramai penghuni Syurga terdiri daripada mereka yang 'faqir', apakah 'faqir' yang dimaksudkan di sini?

Adakah Islam amat menggalakkan umatnya untuk menjadi 'faqir'?

Apakah itu Nikah Misyar dan adakah ia disyariatkan dalam Islam?

Apakah itu Nikah Misyar? Adakah ia wujud dalam Islam atau adakah ia hanya budaya masyarakat Arab? Sejauhmana kepentingannya kepada umat Islam? Apa pula perbezaan antara Nikah Misyar dengan Nikah Mut'ah yang diamalkan orang Syiah?

Adakah sah solat jika aurat terbuka tanpa disedari?

Jika sedang bersolat, secara tiba-tiba aurat terbuka, tanpa kita sedari, atau tersedar agak lewat, apa status solat itu? Sah atau tidak?

Apa pula perincian aurat dalam solat? Adakah ada khilaf di kalangan para imam-imam mujtahid dalam masalah ini?

Benarkah segala tuduhan dan tohmahan yang dilontarkan kepada gerakan "Ikhwanul Muslimin"?

IKHWANUL MUSLIMIN adalah sebuah gerakan Islam antarabangsa yang berpusat di Mesir dan diasakan oleh Hassan al-Banna rahimahullah pada tahun 1928. Ikhwanul Muslimin telah memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja dalam senario politik Mesir, bahkan telah mempengaruhi geraka-gerakan Islam di seluruh dunia.

Namun sejak akhir-akhir ini, semakin banyak suara-suara yang agak lantang menohmah, menuduh dengan berbagai tuduhan, menyesatkan, malah ada yang sampai mengeluarkan Ikwanul Muslimin dari kelompok ahli sunnah.

Benarkah segala dakwaan dan tuduhan tersebut? Benarkah tuduhan bahawa Ikhwanul Muslimin telah berbaik-baik dengan SYIAH? Benarkah Ikhwanul Muslimin itu khawarij kerana menentang pemerintah?

Saturday 5 April 2014

Bolehkah umat Islam memakai pakaian yang diperkenalkan oleh bangsa lain?

Wujud persoalan samada Islam membenarkan umatnya untuk memakai pakaian yang diperkenalkan oleh bangsa lain yang bukan beragama Islam. Hari ini, terlalu banyak pakaian yang diperkenalkan oleh bangsa lain yang masuk ke dalam masyarakat Islam seperti topi sudu, baju kot, tali leher, dan sebagainya. Tambahan pula ada segolongan ustaz/ustazah yang agak keras dalam masalah ini dan menyamakannya dengan 'tasyabbuh'.

Benarkah begitu?

Bolehkah mengambil manfaat ilmu dari AHLI BID'AH?

Timbul persoalan samada kita dibolehkan untuk menuntut ilmu dari ahli bid'ah (akidah mahupun ibadat). Apakah ada pro dan kontranya? Sejauhmana ia dibolehkan? Apakah kesannya kepada kita jika terlalu bergantung dengan ilmu yang disampaikan oleh ahli bid'ah?

Benarkah Ibnu Taimiyyah berfahaman tajsim?

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah (661 - 728 hijri) merupakan seorang sarjana Islam yang telah menabur jasa yang cukup banyak kepada Islam dan umatnya. Namun begitu, sebahagian umat Islam tidak begitu selesa apabila mendengar nama Ibnu Taimiyyah. Bahkan ada yang sampai keperingkat membenci, menyesatkan malah mengkafirkan Ibnu Taimiyyah.

Tuduhan yang paling popular ditujukan kepadanya adalah tuduhan berfahaman tajsim. Fahaman tajsim adalah fahaman yang menyamakan Allah dengan makhluk dari segi zat. Namun benarkah Ibnu Taimiyyah berfahaman tajsim? Benarkah Ibnu Taimiyyah ada menyamakan cara Allah turun ke langit dunia sepertimana beliau turun dari atas mimbar tempat beliau berceramah?

Apakah lafaz selawat yang sahih dari Rasulullah SAW?

Banyak lafaz selawat yang tersebar dan diamalkan dalam masyarakat Islam seluruh dunia. Lafaz-lafaz selawat itu ada berbagai versi dan dibaca dengan berbagai-bagai kaifiat tertentu. Namun, lafaz selawat manakah yang sahih menurut apa yang diajar Rasulullah?

"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman". Apakah kebersihan yang dimaksudkan itu?

Ada hadis yang berbunyi "kebersihan itu sebahagian/separuh daripada iman". Dalam konteks hadis ini, apakah kebersihan yang dimaksudkan? Adakah ia kebersihan dari segi jasmani atau rohani?

Adakah hadis ini diriwayatkan secara bil ma'na? Apakah ada lafaz lain yang lebih sohih selain lafaz 'kebersihan'?

Friday 4 April 2014

Melaungkan azan dua kali sebelum khutbah Jumaat, adakah ia sunnah atau bid'ah?

Semasa zaman Rasulullah SAW, azan sebelum khutbah Jumaat dilaungkan sekali sahaja. Namun semasa zaman pemerintahan Uthman bin Affan RA, beliau melakukan 2 kali azan sebelum khutbah Jumaat, iaitu azan pertama dilakukan apabila hampir masuk waktu Zuhur dan azan yang kedua dilaungkan sejurus sebelum khatib akan menaiki mimbar untuk berkhutbah.

Adakah azan dua kali ini boleh dikategorikan sebagai perkara bid'ah kerana ia tidak pernah wujud di zaman Rasulullah bahkan hanya diperkenalkan beberapa lama selepas kewafatan Rasulullah?

Apakah kedudukan Solat Tasbih dan darjat hadis-hadis tentangnya?

Antara point-point perbincangan adalah:
- Khilaf ulama' dalam masalah menentukan samada wujud atau tidak Solat Tasbih.
- Khilaf dalam Solat Tasbih lebih besar berbanding khilaf dalam Solat Dhuha.
- Bolehkah Solat Tasbih dibuat berjemaah?
- Bid'ah menetapkan Solat Tasbih berjemaah pada malam hari raya.

Adakah Wujud Khilaf di Kalangan Sahabat tentang Solat Dhuha?

Antara point-point perbincangan adalah:
- Kenapa Ibnu Umar tidak menerima kewujudan Solat Dhuha?
- Bolehkah menetapkan kaifiat tertentu pada Solat Dhuha?
- Bolehkah dikhususkan Solat Dhuha di masjid?
- Waktu afdhal Solat Dhuha.

Bagaimana seorang anak kecil berusia 10 tahun boleh 'terpelanting' ke benua kecil India?

Tanggal 12 Julai 1958, telah lahir seorang anak lelaki, di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Dibesarkan seperti anak-anak lain, sehinggalah apabila anak itu berumur 10 tahun, beliau dihantar oleh bapanya untuk mengembara mencari ilmu ke benua kecil India. Bapanya pernah dituduh sebagai gila kerana menghantar anak yang masih kecil itu jauh dari pangkuan keluarga, ke luar negeri. Walhal para penuduh itu tidak tahu, apa yang bakal terhasil di sebalik 'kegilaan' bapa anak itu.

Anak lelaki itu bernama Muhammad Asri Bin Yusoff, dan pada hari ini lebih dikenali sebagai Maulana Asri, Syeikhul Hadits Darul Kautsar.

Bagi mengikuti kisah hidup Maulana Asri yang selanjutnya, sila ikuti temubual khas bersama Maulana Muhammad Asri Yusoff yang membincangkan tentang sejarah hidup, latar belakang pendidikan, dan isu-isu lain termasuk:

- Aliran ahlul hadis dan deobandi, perbezaan dan perbandingan antara keduanya.
- Aliran deobandi dan pondok di Malaysia, perbandingan dan persamaannya.
- Tasauf mengikut aliran deobandi.
- Faktor yang mendorong Maulana dalam menentang fahaman Syiah.
- Fahaman Syiah dalam parti politik (orang PAS wajib tonton).
- Cinta yang mendalam terhadap Sahih Bukhari.
- Berkenaan pusat pengajian Darul Kautsar yang diasaskan Maulana.
- Pandangan terhadap Syeikh al-Albani.

| SELAMAT MENONTON |

Video penuh dipecahkan kepada 7 bahagian, sila ikuti senarai link seperti di bawah:

Bah 1: http://www.youtube.com/watch?v=mKtIWC_Xpnw
Bah 2: http://www.youtube.com/watch?v=7I_HcXG6RP8
Bah 3: http://www.youtube.com/watch?v=aeu71yfteuY
Bah 4: http://www.youtube.com/watch?v=xJKdLl2jBZ8
Bah 5: http://www.youtube.com/watch?v=wmm9GT7cV2s
Bah 6: http://www.youtube.com/watch?v=m7go1hPJtOw
Bah 7: http://www.youtube.com/watch?v=x_XmtQ-TPEw

Siapakah Maulana Muhammad 'Asri bin Yusoff?



Nama: Muhammad 'Asri bin Yusoff

Lahir: 12 Julai1958 di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan


Pelajaran: Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3, kemudian ke India untuk menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband, kemudian di Madrasah al-Diniah al-Bakriah atau lebih di kenali sebagai Pondok Pasir Tumboh Kelantan, kemudian di India pula menuntut di Nadwatul Ulama Lakhnau, kemudian ke Pakistan di Jamiah al-Ulum al-Islamiah Karachi.

Merupakan: pengasas Darul Kautsar (Pusat Tahfiz al-Quran Bahasa Arab dan Ilmu-ilmu Islam Kelantan). Pengarang buku-buku Syiah Rafidhah, Ibnu Ishaq, Kamus Tematik al-Kautsar dll. Pembentangan kertas kerja: telah membentangkan banyak kertas kerja terutamanya tentang Syiah di seluruh Malaysia dan juga di luar negara.

Pekerjaan: mengajar dan menulis.

Muqaddimah!!!

Assalamualaikum warahmatullah.

Blog ini dibina khusus sebagai tempat perkongsian koleksi video-video soal jawab bersama Syeikhul Hadith Darul Kautsar, Maulana Muhammad Asri Yusoff. Video-video ini disunting dan diedit dari video rakaman kuliah hadis Maulana Asri yang kini sedang berlangsung di sekitar Kota Bharu, Kelantan dan juga di Lembah Klang.


Semoga ia memberi sedikit sebanyak manfaat kepada muslimin dan muslimat khususnya dalam merungkaikan permasalahan agama yang dihadapi.


Sekian, terima kasih.